A. Ghani Abdullah

a-ghani-abdullah.blogspot.com

  • Karya besar penggerak diri

    A GHANI ABDULLAH, pengarang kelahiran Ramuan Cina Kecil, Lubuk Cina, Melaka. Karyanya mendapat tempat dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Harian Nasional, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar di samping menulis novel, Camar Putih di Awan Biru, pada 1991; Permaisuri (1995) dll.

Oasis : Aidiladaha 2010

Posted by S.A.G On 1:12 AM 0 comments



Aidiladha bakal menjelma. Mereka yang menunaikan haji rukun islam ke-5, pastinya gembira. Semoga dimana jua kita berada, kita sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan-NYA. Amin.

Oasis : Aidilfitri 2010

Posted by S.A.G On 12:26 AM 0 comments



Hari raya bakal menjelma.....kami disini ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang mulia dengan penuh keinsafan dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. Maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap kata tersalah bahasa sepanjang blog ini dibangunkan. Semoga kita senantiasa dilindungi, diberkati dan dimurahkah rezeki dari Allah s.w.t. Amin.


Oasis : Ramadhan menjelma lagi.

Posted by S.A.G On 10:39 AM 0 comments


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua yang mengenali diri ini.

Citra : Tun Fatimah

Posted by S.A.G On 12:00 AM 0 comments

CERITA SEPULUH
Sebahagian kisah Tun Fatimah dalam Sejarah Melayu yang telah siap diolah dalam gambaran/bayangan penulis. Belum diterbitkan.
  

TUN FATIMAH BERTUNANG DENGAN TUN ALI
(Tun Fatimah berusia  15 tahun)
Oleh A.GHANI ABDULLAH

Tun Fatimah, Dang Li Po dan Dang Ati telah tamat belajar ilmu persilatan dengan  Tuk Bunyi di Kampung Hulu. Mereka berdiri di sebuah bukit. Tun Fatimah asyik memandang ke arah sungai Melaka dan istana sultan.

Tun Fatimah seperti ada sesuatu yang  terbuku di dalam hatinya. Dia tidak meluahkan kepada sesiapa. Dia berasa ada sesuatu yang akan berlaku ke atas dirinya.

Dang Li Po dan Dang Ati mendapati Tun Fatimah lebih matang dan bertambah ayu.  Di gelanggang silat, Tun Fatimah menjalani latihan silat dengan bersungguh-sungguh . Tuk Bunyi menasihati Tun Fatimah supaya sentiasa kuat semangat dalam mengharungi gelombang hidup di dunia ini.

 “Tahniah kerana tamat belajar ilmu persilatan dengan Tuk Bunyi,” kata Dang Li Po.
“Kamu dan Dang Ati juga tamat pelajaran ilmu persilatan. Tahniah,” balas Tun Fatimah.

Tun Fatimah  merenung jauh ke arah laut Melaka. Dia seperti melihat akan kedatangan bala tentera musuh hendak menyerang Melaka.

Hei Melaka,

Negeriku, tanah airku, yang kupandang bukan pak belang dari hutan. Bukan pak belang mata terang, taringnya tajam.Aku tahu ekor belang panjang. Gerak misainya seperti harimau  garang kerana lapar. Tetapi yang aku tahu rakyat Melaka tidak lapar.Tetapi mereka leka dengan kemewahan.

Pedagang datang mencurah wang emas bertimbun-timbun ke Melaka. Mereka berdagang dengan pelbagai  jenis barang dari  dalam dan luar negeri.

    Aku takkan peduli harimau mengaum kerana memburu binatang. Harimau yang mengejar dan menerkam. Kemudian menggigit lalu membaham daging mangsanya. Tetapi apakah ini akan berlaku di Melaka ini? Bisik Tun Fatimah  kepada dirinya.

    Aku tahu pak belang berani. Apatah lagi tentang melompat dan berlari. Pak belang digeruni oleh setiap binatang dan manusia.Kalau  menangkapnya bukannya mudah. Malah di dalam hutan pak belang pandai sembunyi. Apakah musuh yang akan datang ke Melaka seperti pak belang?

    Hutan akan bekurangan  pada masa akan datang. Manusia membuka tanah baru untuk membuat tempat tinggal dan berdagang. Kuasa belang akan bekurangan. Atau pak belang akan bekurangan dan sukar ditemui. Jika ada pun belantara, hanya tempat menyimpan kayu balak. Mereka menjaga kayu dan bukan menjaga binatang. Apakah ini tanda akan pupus kesulatanan Melaka ?” Ini yang Tun Fatimah  terfikirkan.

    Dang Li Po dan Dang Ati masih berdiri di atas bukit. Bukit itu tidak jauh dari rumah tuk guru silat,Tuk Bunyi.

    Dang Li Po seperti terkenangkan ayah dan ibunya yang mati dalam kebakaran rumah. Peristiwa yang telah berlaku lebih sepuluh tahun lalu.

    Ayah dan ibunya seperti mahu bercerita tentang seribu cerita keberanian dan keagungan pahlawan Melaka.

 Mereka mahu lakonkan watak Hang Tuah berlima sahabat. Mereka mengalahkan lanun di sebuah pulau. Mereka membunuh pengamuk yang hendak membunuh Bendahara. Apatah lagi ketika Hang Tuah bersendirian berjaya membunuh orang mengamuk dengan kapak.

    Pelbagai cerita tentunya menghiburkan hati Dang Li Po. Cerita teladan, cerita nasihat pastinya mengadungi tamsil ibarat. Mendengar cerita tentunya otak cergas dan badan sihat.

    Dang Ati teringatkan juga kisah ayahnya mati dibunuh orang. Kisah yang berlalu jangan terlalu dikenang,jika dikenang meracun diri. Fikir Dang Ati.

    Dang Ati terbayangkan ketika dia masih kecil. Dia suka melompat-lompat.

    Satu dua tiga empat,
    Lima enam tujuh lapan,
    Siapa cepat dia dapat,
    Siapa lambat kena rotan.

    Satu dua tiga empat,
    Lima enam tujuh lapan,
    Budak rajin dapat ketupat,
    Budak malas kelaparan.

    Satu dua tiga empat,
    Lima enam tujuh lapan,
    Untung ada sahabat rapat,
    Jika salah dapat teguran.
  
    Percakapan Dang Ati didengar oleh Dang Li Po. Dang Li Po pun menyampuk.
Katanya:
    Cuit-cuit-cuit-cuit,
    Bunyi burung kenari,
    Cuit-cuit-cuit-cuit,
    Tak baik susah hati.

    Puk-puk-puk-puk,
    Pagar lama tumbang,
    Puk-puk-puk-puk,
    Tak baik bersikap garang

    Dang Ati ketawa dengan kata-kata Dang Li Po itu.Manakala Tun Fatimah masih merenung jauh. Dia seperti sedang berkata sesuatu.

    “Hei Ati,engkau nak cerita bahasa!”

    “Cerita bahasa ? Ceritakanlah.”

    Dang Li Po duduk dekat Dang Ati. Dang Li Po pun bercerita…..

Pada suatu hari ada seekor  kerbau tua sedang berjalan-jalan mencari makan. Makanannya rumput nan menghijau dan segar. Rumput seperti nasi berlauk yang sering dimakan oleh manusia.

Sedang dia berjalan-jalan itu, dia terfikir sesuatu. Sejak kecil hingga  usia tuanya,dia asyik mencari  padang rumput atau kawasan  rumput. Apabila kawasan itu ditemui,maka berduyun-duyun kumpulan lembu datang ke padang rumput itu. Akhirnya dia sendiri susah nak mencari rumput segar dan sedap.
Kerbau terjumpa  katak. Kata berasa hairan melihat kelakuan kerbau .Kerbau seperti hendak tak hendak sahaja berjalan. Katak pun mendekati katak.

“Wahai kerbau yang budiman?”

“Ya ahlilnujum yang pandai memanggil hujan.”

“Aku tengok engkau  amat berdukacita. Apa hal gerangannya?”

“Aku sendiri pun susah nak ceritakan kepda engkau,katak.”

“Ceritalah, jangan malu atau segan kepada aku ini. Apakah engkau rindukan bangau putih?”

“Bangau pun  sudah tak pedulikan aku. Dia tak rindu hendak kembali ke belakangku. Bangau zaman Hang Tuah akan kembali hinggap ke belakangku.”

“Jadi, apa yang sedang engkau fikirkan sekarang?”

“Aku ini selalu malang.”

“Malang, kata engkau.Malang macam mana?”

“Aku mencari rezeki untuk orang. Sedangkan rezekiku sendiri tidak ada.”

“Maksud engkau, wahai kerbau kesayangan bangau?”

“Manalah  bangau sayangkan aku. Bangau mencari makanannya di kulit badan aku ini. Usahlah sebut pasal bangau sayangkan aku.”

“Baiklah. Ceritakanlah masalah engkau.”

“Aku  jumpa padang rumput. Lembu akan datang meragut rumput di tempat itu. Aku jumpa lagi padang rumput. Beratus-ratus lembu datang meragut rumput di padang yang kutemui itu. Begitulah berulang-ulang. Lembu seperti tidak tahu mencari tempat ragutnya sendiri. Lembu semacam mendera aku sahaja. Aku tak boleh nak lawan mereka. Kumpulan mereka ramai. Sedangkan aku hanya tinggal seekor di daerah ini.”

“Macam mana lembu tahu engkau jumpa padang ragut?”
“Aku melaunglah, uhh-uhh-uhh.”

“Patutlah lembu faham. Dia tahu bahasa engkau. Engkau kata bertuah-bertuah jumpa rumput. Tentulah lembu datang.”

“Habis,apa yang perlu aku lakukan sekarang?”
“Itu senang sahaja.”

“Senang kata kamu. Sedangkan aku macam nak mati memikirkan hal itu.”

“Sabar dan bertenang. Ini rahsia antara kita. Macam manusia juga. Manusia yang maju kerana mahu pelajari ilmu orang lain.Kita pun kena begitu.”

“Maksud kamu,aku kena pergi sekolah.”

“Sekolah senang sahaja. Engkau belajar dengan aku.Engkau kena belajar bahasa katak, bahasa lembu dan bahasa binatang lain juga.”

“Apa tujuan kamu?”

“Aku tak mahu susahkan engkau. Beginilah ,engkau belajar bahasa harimau.”

“Kenapa? Aku kena jadi harimaukah?”

“Tidak. Sekarang engkau sebut aum-aum macam harimau mengaum.”
“Aum-aum-aum.Begitukah ?”

“Sungguh bijak. Engkau pandai bahasa harimau.”

“Apa gunanya, wahai katak.”

“Mulai esok, engkau jumpa padang ragut baru. Engkau pun berbunyi bahasa harimau, aum-aum, aum. Nanti engkau tengoklah hasilnya.”

“Baiklah. Aku akan perbuat seperti yang engkau ajar itu. Terima kasih.”

“Selamat mencuba.Sudah,janganlah engkau berdukacita lagi, wahai kerbau.”

Katak pun melompat ke dalam longkang. Dia terus hilang.

Esoknya, kerbau terjumpa sebuah padang ragut yang cantik. Daun-daun rumput lebar dan segar. Dia pun mengaum-ngaum.

“Aum,aum,aum,aum…”

Sekumpulan lembu mendengar bunyi itu. Mereka pun lari lintang- pukang. Lembu-lembu tidak menoleh ke belakang lagi. Mereka pun berkata sesama sendiri.

“Hai kawan-kawan. Kita tak boleh ke kawasan hujung sana. Di sana ada harimau. Jangan dekati kawasan itu lagi. Maut, nanti.”

Kerbau pun telah faham akan kata-kata lembu itu. Bahasa lembu mudah. Bahasa katak pun mudah. Apatah lagi bahasa harimau, lagi mudah. Fikir kerbau.

Sejak itu tahulah kerbau bahawa belajar bahasa binatang lain itu penting.

“Katak,katak,engkau bijak.” Kerbau ketawa berdekah-dekah sambil meragut rumput segar dengan tenang.

Tiba pada penghujung cerita kerbau dan katak itu, Dang Li Po dan Dang Ati pun ketawa. Mereka geli hati kerana kerbau belajar bahasa harimau.

Tun Fatimah masih merenung ke arah laut. Tun Fatimah mula terdengar khabar angin bahawa dirinya akan dipinang orang.

    Tun Fatimah berdebar-debar. Esok  atau lusa dia akan pulang dari tempat perguruannya. Dang Li Po dan Dang Ati masih meneka-neka, “Apakah yang sedang dilamunkan oleh Tun Fatimah?”

    Sementara itu di rumah Tun  Fatimah, ayahnya sedang berkira-kira tentang bakal suami  Tun Fatimah dan masa depannya.

    Anak Bendahara cantik menawan,
    Siapa terpandang akan terbayang,
    Ke hulu ke hilir tidak tentu makan,
    Fikir pemuda nak masuk meminang.

Tun Fatimah anak Tun Mutahir, Bendahara Seri Maharaja Melaka.

    Kalau tuan anak belia,
    Eloklah tanam serai halia,
    Orang cantik berhati mulia,
    Barulah bererti hidup di dunia.

“Cantik Tun Fatimah bagaikan tidak ada cacat celanya,”kata seorang pemuda di dalam hati.

“Rupanya terlalu elok,”kata ibu pemuda seperti faham tentang maksud anak mudanya yang sedang dilamun cinta.

“Wajahnya manis bagaikan laut madu yang bercahaya pada bulan purnama,”kata pemuda lagi.

Dalam semak tertambat kuda,
Kuda datang mencari anaknya,
Cantik Fatimah pengubat luka,
Harimau garang dapat dijinaknya.

Tanah sawah ditanam peria,
Raja Suran memburu rusa,
Tun Fatimah berhati  mulia,
 Suka berbaik dengan semua.

Turun ke tanah membawa bara,
Bara dedak dikirai merata,
Tun Fatimah anak Bendahara,
Bendahara kaya,emasnya tak terkira.

Kalau mendaki ditarik-tarik,
Pukul gendang serba tak kena,
Tun Fatimah berpakaian cantik,
Sultan Melaka belum melihatnya.
  
Pada suatu pagi ,berkata-katalah Bendahara di dalam hati.

“Tun Fatimah dewasa sudah,
Anak aku yang berbudi bahasa,
Kini sudah tiba masanya,
Dia mesti kukahwin jua,
Siapakah agaknya elok dijadikan menantu,
Orang kaya atau orang biasa,
Atau orang yang kukenal jua,
Atau sudah adakah yang cuba bertanya,
Siapakah pemuda itu gerangannya,
Baik kutimbang akan pinangannya.
Jika demikian,
Aku terfikir akan Tun Ali,
Baik dia kujodohkan,
Dengan anakku Tun Fatimah ini,
Lagi  pun dia anak Seri Nara Diraja,
Orang yang kukenal ,
Lagi kutahu akan keluarganya,”fikir Tun Mutahir.

Tun Mutahir pun berjumpalah dengan saudara maranya bagi memberi tahu akan hajatnya .

    Saudara-mara jauh dan dekat tidak membantah akan niat Tun Mutahir.Mereka bersyukur kerana Tun Fatimah akan dikahwinkan dengan anak Seri Nara Diraja.

“Anak dara tidak baik dibiarkan hingga tua.Apa lagi ditinggalkan bagi menunggu rumah semata-mata.Lebih baik dicarikan jodohnya,”bisik mereka kepada Tun Mutahir.

Tun Mutahir tersenyum mendengar  akan gurau-senda  sanak-keluarganya.

    Tetapi apabila berita Tun Fatimah itu tiba ke pengetahuan Raja di Baruh, Raja di Baruh menjadi gamam.Dia terfikir dan terasa semacam ada sesuatu yang tidak kena.

    “Aku ini bapa saudara Raja Mahmud,apa katanya tentang Tun Fatimah nanti?”

    “Apakah berita Tun Fatimah ini sudah diberitahu Duli Yang Dipertuan ?”

    “Atau Tun Mutahir sengaja hendak menyembunyikan rahsia.Tetapi rahsia apa?”

    “Atau Tun Mutahir hanya ada niat untuk menguji Yang Dipertuan?”

    “Atau inilah mulanya nahas bagi keluarga Bendahara Tun Mutahir?”

    “Aku jadi kelabu.Fikiranku kusut.”

    Raja di Baruh tertanya-tanya di dalam dirinya.

“Sultan Mahmud Syah,Sultan Melaka, belum melihat Tun Fatimah.”

“Lazimnya setiap anak orang kenamaan yang hendak berkahwin, mestilah diberi tahu dan diperkenalkan  kepada Sultan.” Raja di Baruh susah hati.

Tun Mutahir selaku Bendahara Melaka belum memberitahu hal anaknya itu kepada Sultan Mahmud Syah.

“Anak Bendahara yang cantik, manis dan  setiap orang akan terpegun melihatnya. Alangkah baiknya Tun Fatimah dikahwinkan dengan Sultan,” bisik Raja di Baruh .

Ketika Raja di Baruh bertemu dengan Tun Mutahir. Dia pun mengambil peluang untuk bertanya.Dia mahu tahu tentang hajat Tun Mutahir hendak mengahwinkan  anaknya .

    "Apakah Duli Yang Dipertuan sudah melihat Tun Fatimah?"tanya Raja di Baruh kepada Tun Mutahir.

    "Belum," kata Tun Mutahir.

    "Oh ya, jika Datuk Bendahara tidak keberatan, mahu saya berkata sesuatu," Raja di Baruh mempertimbang-timbangkan cakapnya.

    "Katalah, tak mengapa. Saya tak marah," Tun Mutahir meminta Raja di Baruh meluahkan pendapatnya.

    "Tun Fatimah baik dan cantik orangnya. Jika boleh, kahwinkan dengan orang yang sepadan dengannya. Jika bersetuju, tangguhlah dulu  pertunangan atau perkahwinan Tun Fatimah.”

“Maksudnya…”

“Kenalkan Tun Fatimah kepada  Yang Dipertuan.”

“Kenapa pula demikian?”

“Negeri Melaka sekarang tidak ada permaisurinya. Bukankah permaisuri telah mangkat," Raja di Baruh bercakap terus terang akan niatnya.

    "Eh, tak usahlah Tun Fatimah dijadikan permaisuri.”

“Kenapa begitu pula?”

“ Kami ini bukan berdarjat tinggi.”

“Tun Mutahir, tak berdarjat?”

“Ya,kami sekeluarga hina-dina belaka.”

 “Janganlah  kata begitu, Datuk Bendahara.”

“Eloklah Duli Yang Dipertuan mencari yang lebih setaraf," Tun Mutahir memberikan pandangan.

    "Jika demikian kata Datuk Bendahara, ikut sukalah.”

“Saya kira, begitulah.”

“Saya menurut sahaja. Kata-kata tadi itu hanya mengingatkan Datuk Bendahara," kata Raja di Baruh.
Raja di Baruh terpaksa menerima keputusan Tun Mutahir.

---------------------ag

CERITA SEMBILAN

Kisah ini terdapat dalam novel Sacerdai Harimau Oh Harimau (sudah terbit) –Kulit Keras -Harga RM 135/=
Petikan seperti berikut: Catatan penulis di Galeri No. 6-RA Fine Arts

GALERI NO. 6

(Sebuah catatan)
Antara kata hatinya menyatakan bahawa ‘untuk zuriatnya membesar”, maka perlu ‘mengharung badai dan gelombang’ dengan ‘tanpa banyak ragu’ sambil menatap ‘tubuh dimamah usia’.

Ada semcam tersirat di hatinya, kalau diri masih kekurangan tetapi mengapa banyak orang ‘merayakan pelbagai manusia’? Jadi ‘apa ada di era merdeka?’ dan ‘ada apa dengan kita?’

Dia sebenarnya bercakap kata hati para seniman, para pelukis, para penulis, para penyair, para sasterawan yang sudah tidak mahu diberi peluang ‘berpidato’ kepada orang-yang mempunyai gelaran diri sebagai pemimpin. Pemimpin hanya mahu suara dirinya didengar sepanjang waktu.

Jadi sesekali pemimpin hendaklah mendengar kata penulis, kata penyair, kata pelukis, kata sasterawan pula. Apatah lagi di majlis golongan ini.
Perkasa sekali akar kata hatinya. Dia tidak mahu melalak atau menyalak tidak tentu fasal. Dia mahu ‘membuka  pintu pasung diri’. Mahu membeli ladang. Mahu orang hebat-hebat. Mahu menuai badai. Mahu ke tengah samudera. Mahu merentas waktu.

Dia menginsafi dirinya supaya jangan terjaring dalam retorika mulut manis. Jangan pada tokoh yang pandai bersilat kata. Jangan hingga sampai ketiadaan gigi. Dan jangan tidak mahu mengerti akan segala ucapan karyawan.

 Itu perjalanan kata hatinya. Dia yang kurenungkan sewaktu aku bertemu dengannya di ruang pameran lukisan di RA Fine Arts di No. 6, Jalan Aman, Melalui Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.

Lihat sahaja lukisan-lukisan yang dipamerkan Mansur Gazalli dengan Gerotak SA Jalil. Dilihatkan jambatan dan sungai sebgai penghubungi kisah dan kasih. Dr. Zakaria Ali dengan Green Shade yang mengharapkan pemuliharaan  keindahan alam sekitar. Md. Sani Md. Dom dengan Rumah Sakit  (1) di di Kuala Lipis. Mahsun Haji Taib (Dato’) dengan bayangan wajah wanita Laksmi (1) yang penuh harapan dan menanti keajaiban menjelma di depan matanya.

Wah  hebat sekali.Lalu berkata hatiku:
Geleri  ini
Memulihkan keamanan
Semangatnya
Tidak terancam
Membahagiakan
Dengan lorong
Minda luas
Hati budi
Insan mulia
Berkat sejagat!

Nah teringat pertama kali ke sini mencari bangunannya di Jalan Aman. Jalan Aman jumpa tetapi No. 6 di mana? Ada bangunan tinggi yang sedang dibina. Jalan Damai yang ditemui. Gerai. Wah macam mana?

Mencari tempat No.6, Jalan Aman, termasuk Jalan Damai. Berhenti di sebuah warung. Bertemu seseorang. Dia sungguh memeranjatkan saya dan terharu. Namanya Dato’ Haji Sheikh Shawaludin Yusof, Pengerusi Eksekutif EDSB yang pejabatnya di Dataran Sunway, Kota Damansara. Dia belanja makan ikan keli gulai kunyit, sambal petai, air suam dan teh tarik. Wah, syukur! Alhamdulillah! Aku ucapakan terima kasih kepada Dato’ Sheikh dan minta diri.

Aku ikut Jalan Aman semula untuk mencari No.6, tetapi tidak jumpa juga. Aku berhenti di rumah  No.9. Ada banyak pasu hiasan  di luar rumah. Syak juga, jika rumah No. 9 itu ialah No. 6. Ada seorang pekerja perempuan Indonesia berdekatan pintu pagar. Aku segera turun kereta dan bertanya rumah nombor 6. Aku sebutkan nama tuan punya rumah dan galeri lukisan. Perempuan itu pun ragu-ragu tetapi dia menunjukkan ke arah rumah di tepi simpang Jalan Damai. Barangkali itulah rumahnya. Nah, jumpa! Aku pun nak membunyikan loceng pintu jika ada atau aku berteriak sahaja. Tetapi tiba-tiba pintu pagar terbuka. Aku masuk dan parking kereta. Dua  orang staf di situ, seorang lelaki dan seorang perempuan datang dan bertanya kepadaku, “Mahu ke galerikah?”

Belum sempat aku menjawab, muncul seseorang berbadan gagah dan tanpan sebagai pahlawan, tegap, berkulit putih, senyum dan berkata, “Silakan masuk,...tunggu sekejap ya! Ada tetamu di dalam.” Maksudnya, dia masih ada urusan dengan tetamu yang lebih awal datang ke pejabatnya.
Aku dipersilakan duduk di ruang tamu sambil menyaksikan pameran luksian dan disediakan minuman Teh  O.
Dia sungguh hormat tetamu   tanpa mengira siapa. Tetamu ada yang rakan karyawan, ada yang berhubungan dengan bisnes, ada yang hendak membeli lukisan. Tetamu tidak putus hendak bertemu dan berurusan dengannya.

Aku berharap, aku tidak akan lama di situ dan tidak mahu urusan bisnesnya terganggu. Aku datang kerana sudah lama tidak berjumpa dan menyampaikan novel terbaruku. Begitu! Tetapi dia tetap melayan dan memberi perhatian kepadaku. Benar, dia seorang kawan dan budayawan yang  ikhlas dan mulia.

Sambil menunggu, aku menyaksikan luksian yang dipamerkan di dinding galeri. Ada lukisan tunggul kayu. Di atasnya buah manggis dan di tanah pun ada sebuah manggis. Wah, bagaikan tunggul kayu mengenangkan masa lampau yang penuh cabaran dan suka-duka. Atau dengan pokok nenas dengan buahnya. Berderetan lukisan karya Dr. Zakaria Ali dan Mohd Yusoff Jaaffar.

 Dato’ Tengku Alauddin Tengku Majid dengan taman rekreasi taman negeri. Gambaran sungai, pokok dan rumah inap.Indah sekali! Tan Sri Dato’ Seri Samsuddin Osman bersama lukisan Bandar Putrajaya yang menyahut cabaran negara.  Dr. Wong Seng Tong dengan luksian Pak Ali Alih Rumah. Membayangkan jiwa perpaduan dan pandangan  pelukis Cina terhadap orang Melayu dengan rasa sama-sama bertanggungjawab membangunkan rumpun bangsa Malaysia.

Apatah lagi sungguh asyik aku menyaksikan lukisan Ahmad Kahlid Yusoff- Alif –Ba-Ta yang membawa penghujah seni bahawa tulisan jawi itu sendiri mengandungi rahsia sejarah dan kehidupan sekalian makhluk. Ibu Kartika Affandi dengan Pemandangan Bali yang menggambarkan kehidupan masyarakat Bali yang unik. Ramon Orlina dengan The Power of Coalition yang inginkan kehebatan watak berkarisma dan  berfikiran kritis. Yeng Seak Ling dengan Rural Glory yang membayangkan bahawa selagi adan tumbuhan dan bayang, manusia terus mencari kedamaian dan keamanan. Khalil Ibrahim dengan pemandangan pantai yang menggambarkan semangat dan ketenteraman jiwa manusia. Itulah di antara yang diterokai oleh mata hatiku ketika menatap risalah RA Fine Arts. Apatah lagi mengenangkan nama yang tertera seperti Datuk Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa, Dr. Zakaria Ali dan mereka yang lain adalah orang yang pernah kudekati dan kukenali.

Ketika itulah muncul Raja Ahmad Aminullah yang pernah dikenalkan oleh Maarof Saad (Allhayarham) kira-kira lebih 20 tahun lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku bersalaman dan berterima kasih kerana sudi menerima kunjungan dengan baik dan hormat setiakawan. Kulihat raut wajahnya cekal terkandung hujah hidupnya yang tegas dan berbudaya tinggi bangsa. Dia yang mahu golongan karyawan dihormati dan dihargai hasil karya dan fikirannya. Ya, seperti yang pernah disuarakan oleh Usman Awang, Keris Mas, Baha Zain, Shahnon Ahmad, A.Samad Said yang semuanya penulis tersohor bangsa dan negara serta bergelar.

    Pertemuan itu menyaksikan diriku bahawa dia, Yang Mulia Raja Ahmad Aminullah anak kelahiran Ipoh, Perak ini adalah seorangyang  mendekati hati nurani masyaraktnya, tajam budaya pemikirannya, jujur kepada perjuangannya dalam sastera, seni dan budaya, tiada merelakan karyawan dipisahkan atau dinafikan haknya oleh puak politik,  hidup karyawan perlu bebas, dihargai dan dihormati akan hak dan pemikirannya.

    Inilah dia yang berkata, sejarah tetap meluruskan/yang putih tetap putih/hitam tetap hitam dan paling dibencinya ‘kefiraunan sedang merajalela’.

Aku pun berbual dengan Yang Mulia Raja Ahamd Aminullah seperti seorang musafir yang telah lama mencari air kerana  dahaga dan lapar, tiba-tiba menemui air. Maka perlahan-lahan aku menghulurkan  kaa-kataku!

    Ini catatanku, di antara sejarah perjalanan hidupku. Kenangan hampir setengah jam bersamanya.

Terima kasih Kanda! ( Ucap hormatku kepadanya. Aku panggilnya Dato’ tetapi katanya dia belum mendapat cucu!). Aku ketawa! Dia tersenyum!

Salam  Ikhlas,

A.GHANI ABDULLAH
AQ 8, Jalan Kenanga Dua, Desa Kenanga,
43500 Semenyih, Selangor,

Citra : Surat 29 MEI 2006

Posted by S.A.G On 7:41 AM 0 comments

CERITA LAPAN
Surat ini  saya kirimkan kepada Perdana Menteri dan DBP pada 29 Mei 2006. Dokumen penulis.

Tarikh: 29 Mei 2006
SEBUAH NOTA UNTUK
-    Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia,
-    Ketua Pengarah DBP dan
-    Pengerusi Lembaga DBP.

LANGKAH YANG PERLU DIBUAT OLEH DBP
1.Sudah sampai masanya DBP menubuhkan stesen Radio DBP  seperti yang dilakukan oleh IKIM. Ini juga, falsafah bahasa dan satera. Penulis-

Radio/DBP-Khalayak
2.Kekuatan orang-orang dalam DBP mesti setarap macam dulu, maksudnya politik bahasa dan sastera/budayanya. Tahap  Ketua Pengarah atau

Pengarangnya selavel ketokohan dengan Perdana Menteri atau Menteri. Mereka boleh bincang terus walaupun melalui telefon seperti yang berlaku

pada zaman Syed Nasir, Keris Mas, Usman Awang, M.Noor Azam dan rakan-rakannya yang lain.
3.Kemestian novel-novel Melayu diserapkan belajar di sekolah-sekolah rendah/menengah Cina, India dan Pengajian Tinggi Swasta bagi pembinaan

bahasa Melayu masa depan. Inilah di antara kekuatan dan   asas Bahasa Melayu yang masih ada dan boleh bertapak untuk genarasi bukan Melayu.

Bahasa perpaduan Nusantara dan rantau ini.
4.Peruntukan besar mesti disediakan untuk terjemahan buku-buku bidang sains, teknologi, siber, perubatan, dan angkasa supaya bahasa Melayu

tidak terus kerekot atau kerepot atau mengecil seperti kehidupan katak bawah tempurung.Ini hakikatnya. Kedegilan dan pandangan rendah

sesetengah pihak orang Melayu, ini menyebabkan bahasa Melayu makin tenggelam dalam dunianya sendiri.
5. a)Pertandingan drama dalam bahasa Melayu antara pusat pengajian tinggi swasta , sekolah menengah seluruh Malaysia mesti dlakukan dengan

hadiah besar.
     b) Pertandingan Teater Malaysia bukan dengan hadiah RM5,000/= tetapi meningkat kepada tiga puluh ribu ke seratus ribu. Sebab utama,

perbelanjaan pementasan tinggi. Ini pernah saya suarakan dalam kertas kerja seminar di Maktab Perguruan Lembah Pantai  dua puluh tahun dulu.
6. a) DBP bukan sahaja membina tempat persinggahan melancong ahli ilmuan dunia tetapi  sebagai pusat rujukan . MASTERA DAN MABBIM     wajar

sekali mengwujudkan hadiah kepengarangan untuk seluruh ahli ilmuan dunia. Kita mesti membuka mata dan mendekati mereka. Bukan sahaja bagi

Asia Tenggara atau Nusantara. Kerajaan wajar memerhati dan meneliti hal ini. Usaha sudah ada tetapi mesti lebih kewajarannya.
    b)  DBP dan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian sudah tiba masanya membina pusat PASAR DUNIA SENI (buku,lukisan ,kerja tangan, filem

dan lain-lain yang berkaitan dalam dan luar negara) dalam satu bumbungan  Kota Seni. Bukan terpisah seperti sekarang. Bentuk Pameran Buku

Antarabangsa  sekarang perlu diubah corak.

7. Penubuhan Pusat Hak Cipta Kebangsaan. Lengkap dengan peranan peguam untuk membela kepentingan penulis yang  banyak dipermainkan,

malah diperbudakan oleh penerbit. Bayangkan penulis mendapat dua ratus ringgit, ada yang mendapat lima puluh ringgit  untuk sebuah buku

sedangkan penerbit mendapat puluhan ribu, malah ada yang mencecah seratus ribu ringgit ?
8.Peranan DBP dan pihak kerajaan dalam memasarkan buku-buku dalam Melayu masih rendah/lemah baik kepada orang Melayu . Apatah lagi

kepada  orang Cina, India dan bangsa  lain serta  masyarkat dunia (terjemahan). Pekerjaan yang suka dilaksanakan oleh penerbit tertentu hanya

mengedarkan buku teks dan mendaptkan jualan buku terhad kepada perpustakaan.


Langkah DBP dan pihak terlibat , tidak seperti Akademi Fantasia, Myteam, Idola Amerika,Aparentis dan….Kita masih duit berkira,  bagai dua tiga puluh

sen. Apa yang boleh dibuat? Buka kedai kecil, kecilah perolehan untungnya.
Terima kasih.
t.t.
-A.Ghani Abdullah
Mantan Pegawai Perancang DBP /Mantan Setiausaha Agung PENA.
Mantan Presiden Kesatuan Pekerja DBP

Citra : Lakaran

Posted by S.A.G On 7:10 AM 0 comments

CERITA TUJUH

Lakaran cerita sepatah kata oleh A.Ghani Abdullah

    HAI KATAK!

Katak Cilak jangkanya sudah lama dihumban dalam api.Biar terkangkang hangus empat kakinya dan hancur kerepot kepalanya. Kepalanya yang penuh ulat gondol dan racun rumpun. Mana yang tak jadi debu dibubuh limau dihumban dalam tangki tahi kerbau di sungai buaya sana.

Apa tidaknya, Katak Cilak paling  dibenci oleh Burung Putih kerana tiap kali berbunyi mengeluarkan racun dan menyembur mati  setiap yang beridri di depannya.

Malah tempias buih racun mulat Katak Cilak melumpuhkan pendengaran tumbuhan dan biantang kelilingnya. Memang patut pun dihapuskan Katak Cilak.

Segi hukumnya kuasa Tuhan. Tetapi hati kaum binatang tetap ada tersentuh juga perasaan mahu menjatuhkan hukum kepada si katak Cilak. Apatah lagi sikap dan perlakuan Katak Cilak itu memang koto,menjijik dan kejam pun.

Burung Putih terluat di hatinya meminta Katak Cilak itu mati. Mati atas perbuatan Katak Cilak  sendiri. Bukan oleh sebab lain atau dilakukan oleh binatang lain. Tak baik ucapan demikian, tetapi itulah yang terjadi. Semoga diberi petunjuk dan pengampunan.

Katak Cilak hidupnya lebih binatang daripada binatang itu sendiri. Maka Katak Cilak bukan jenis binatang dalam istilah Burung Putih lagi. Penuh kotoran.

Mukanya yang elok cantik seperti katak tetapi kini Katak Cilak berupa hantu jerangkung bangkai dengan mata merah dan tubuh menjijikan segala kaum binatang. Apatah lagi jika disentuh dan dilihat oleh kaum manusia.

Burung Putih memang tak boleh berbuat apa-apa. Dia menyimpan sabar dan marah. Dia berdukacita dalam hati dan dirinya. Burung Putih tidak mahu bertindak kerana dirinya sendiri tidak ada kuasa itu. Sebab Katak Cilak ini memang jenis binatang yang hidup dalam dunia bagi mengerjakan kelakuan neraka.

Katak Cilak asal dari kaum yang kejam dan samseng. Memang tidak pernah dilakar di hatinya sebuah jiwa yang memandang baik kepada kaum binatang lain.

Apatah lagi kepada Burung Putih yang selalu berbuat  baik tetapi dibalas dengan cakaran dan sumpahan serta menabur racun membunuh.
Katak Cilak berbuat baik apabila berjumpa rakannya seperti Pot, Tet, Kot, Sot,Tut seriii

------------

Citra : AHMLK : 29

Posted by S.A.G On 7:09 AM 0 comments

CERITA ENAM

(Petikan Bab 29 novel Apabila Hidup Menjadi Lembah Kesusahan karya A Ghani Abdullah dalam manuskrip taip asal. Novel ini sudah diterbitkan.

Harga RM 125/= senaskhah. Terbitan terhad-kulit keras- Koleksi Bahan Sejarah penulis zaman Keris Mas dalam bentuk novel. )   

Bab Akhir- 29

Kenangan lama zaman Keris Mas dan Usman Awang  pasti memukau seperti peninggalan karya-karya P. Ramlee dengan filemnya. Zaman M.C.ff Sheppard. Zaman Sir Richard Winstedt. Zaman orang teringatkan Robinson & Co. Zaman Raja Tun Uda, Dato’ Tan Ceng Lok, Tun Leong Yew Koh, Tun Lim Yew Hock. Moto Berpegang Teguh Pada Allah.

Zaman Orang Besar Berlapan. Zaman Orang Kaya-kaya. Zaman Orang Kaya-kaya Laksamana. Zaman Orang Besar Berempat semuanya penuh semangat dan getaran jiwa.

Dulu orang kenal dengan East India Company dengan kapal Lord Lowther. Dengan kapal Carnatic dengan berat 632 ton. Semuanya jadi perhatian.

Atau masing-masing mengenali rokok Player’s Navy Cut yang dikatakan famous for quality. Dengan Mercerdes-Benz jenis 180 D, 220S, 190 yang diedarkan oleh Motor Division Cycle &  Carriage.

Atau ada yang lebih utama mengenangkan Sultan Ahmad, Sultan Pahang (1882-1914). Sultan Abu Bakar, Pahang yang menerima anugerah Colonel of the Pahang M.V.I dalam tahun 1928. Atau bangga dengan penemuan batu nesan Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka (1458 – 1477). Atau terkenangkan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad dengan J.W.W. Hughes dalam tahun 1932 itu.

Begitulah yang terjadi kepada yang pergi. Masing-masing ada kenangan. Dia pernah menjadi Penerbit dan Pengarah drama Makamah Keadilan. Karya Taufik al-Hakim. Siti Rohaya Ariffin menjadi Penolong Pengarah. Penasihat- Zakaria Ariffin,Ahmad Razali Haji Yusof. Pengurus Artis Abu Bakar
Buyong. Pengurus Pentas Rasdi Daud. Pengurus Peralatan dan Kostum- Kamariah Abu Samah dan Norraya Yusof. Cenderamata dan pengiklanan - A.Rahim Esa, Azman Khamis. Penolong Pengurus Pentas dan Pencahayaan- Mohd. Nor Husin, Salleh Husin, Ali Husin, Abdullah Tamby Chik. Pengurus Umum –Zainah Haji Musa. Waktu itu Pengerusi Badan Keluarga DBP- Ramly Kamsan. Pelakon Mahkamah Keadilan terdiri Sabri Yunus (Hakim),Shaari Shafie (Tukang Roti), Abd. Ghafar Bahari (Pemilik Itik Angsa), Shahrizan Ahmad (Yang Berbalut Mata), Norhashimah Muhammad (Isteri), Mohd. Faisal Yusof (Syekh), Zaiton Joned (Orang Mahkamah), Hanim Zakaria  (Orang Kampung), Norraya Yusof (Petani) dan Mohamad Shahidan (Suami). Bengkel drama ini dibimbing bersama oleh  Mohammad Abdullah  di Banglo Selesa di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mahkamah Keadilan ini dipentaskan di Balai Budaya, di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Tepian Gelanggang Air Keruh, Melaka. Itulah suatu sejarah yang tidak boleh dilupakan selain beberapa pementasan drama yang lain. Apatah lagi akan keterlibatan  dia dalam pelbagai lapangan budaya dan sastera/bahasa.

Apakah ini akhirnya menjadi lembah kesusahan?

Apabila hidup menjadi lembah kesusahan/ bagai di padang pasir/ langit birunya tidak turun/ awan putihnya tidak berarak/ yang ada itu/ kerak angin/ meruam hembusan/ matanya kering keringat/ yang jatuh hanya/ mencari pertemuan kehausan / paling pedih  dan sedih.

Maka dalam mimpinya dulu, dia menjampi dirinya.
Wahai! Jika bulan pandai menari
Lenggok-lenggang goyang-goyang kaki
Wahai bintang temankan aku senyap sunyi
Akan kutari dari hujung langit ke hujung bumi
Hai bulan dan bintang
Aku matahari  timbul di siang hari
Berdiri tidak bertongkat
Berjaga tidak bertiang
Aku menari pagi dan petang
Cerahlah bumi terang benderang
Biar tumbuhan hidup mranum
Biar bintang pandai memburu
Biar manusia tahu jadinya
Aku dijadikan panas membakar
Jika dipujuk menjadi akar
Menjadi air menjadi sejuk
Setitik embun
Hijaunya dan hijaulah hari
Tujuh malam turut bermimpi
Layu daun keringlah hari
Kerbau pun tidak dapat berkubang
Terbukalah mata insan di bumi
Menadah tangan kepada Illahi!

Wahai matahari  banyak berbudi
Aku ini bintang menyeri
Teman kepada bulan sejati
Tabur cahaya ke tanah bumi
Melihat cucu-cicit anak Adam
Sudahkan bersatu menulis kalam
Ilmu tadbir dunia masih kelam
Sebutir bintangku tak tergapai
Sekilas bulan telah terlalai
Apa ditakjub cahaya gemalai
Urat fikir masih tersadai.

Wahai mentari dan bulan
Kita ini cakerawala ingatan
Insan berlutut nan dua
Tahu cerita Si Awang Sulung Merah Muda
Beristeri empat wajah serata
Tahu Hikayat Siti Zubaidah
Cinta penyeri kepada suami
Empat isteri tidaklah payah
Empat hati disatukan memanglah gundah
Maka bersuaralah bumi
Hei matahari , bulan dan bintang
Jadilah engkau satu
Kunamakan cakerawala
Disatu laksana genggam api bara
Berasa panas dilepas buang
Wahai bumi nan mulia
Kami bulan, matahari dan bintang
Kami disatukan laksana genggaman intan berlian
Digenggam satu jadi penangkal
Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Sudah pun menjadi saksi
Planet hidup kami bangkit
Insan di bumi tunduk syukur
Bulan, bintang dan  matahari
Cakerawala bersatu hati
Jangan hilang jika dipandang
Bagai sepantun jentayu menanti hujan
Tiada tertanggung menahan rindu.

Maka cakerawala pun menjampi
Wahai sekalian yang ada
Teguhkan hajat yang ada
Ini pesan akhir
Buatlah jangan mungkir
Puh! Bagai dikipas engkau tubuh
Puh! Bagai dilambai engkau hati
Kalau engkau tak makan susu ibu
Tak kena buatanku
Kalau makan susu ibu
Engkau terkena buatan aku
Kasihlah kata aku
Dengar,dengar siang malamku
Puh……
Tamat.

Citra : Dugung

Posted by S.A.G On 10:40 PM 0 comments

CERITA LIMA
Petikan Cerita dari salah sebuah sebuah novel A.Ghani Abdullah yang belum diterbitkan.

DUGUNG

Tuk Luh melihat  seekor ikan menyelam timbul di kuala sungai  mengadap  laut. Tuk Luh dapat memahami isyarat Dugung. Dugung meminta pertolongan.
 
Tuk Luh meminta aku bersama-samanya  menyelam ikut Dugung melalui gua. Dugung membawa ke sebuah terowong. Aku dan Tuk Luh mendapti ada sebuah empangan  yang penuh dengan kaum Dugung. Tetapi kaum Dugung itu banyak yang mati.

Aku menyusuri belukar dan anak sungai ke arah hulu. Aku dan Tuk Luh mendapati ada Gergasi Fran membuang toksid ke dalam empangan itu. Gergasi Fran sengaja  membuang toksid itu ke dalam empangan kerana tidak suka  kaum Dugung tinggal di daerah itu.

Tuk Luh meminta Raja Lio membantu menasihati Raja Lio supaya  mencegah atau melarang atau menangkap Gergasi Fran. Tetapi Raja Lio tidak mahu mengambil tindakan.

Kata Raja Lio rakyatnya banyak yang mati di makan oleh  Gergasi Fran. Rja Lio tidak boleh berbuat apa-apa.

Ketika itulah Gergasi Fran dapat menagkap aku. Gergasi Fran cuba membunuhku. Tiba-tiba menjelama suatu lembaga besar dari udara. Lembaga itu menyambar Gergasi Fran dan dihumban jauh daripada perkampungan ikan Dugung.

Kini daerah itu selamat. Tetapi aku masih tidak tahu, apakah yang menyelamatkan aku itu ibuku, makhluk asing?
---------

Citra : HOH : 24

Posted by S.A.G On 7:00 AM 0 comments

PETIKAN  BAB 24 DALAM Novel Harimau Oh Harimau  karya A.Ghani Abdullah. Novel ini dikategorikan jenis Sacerdai yang mengandungi kisah harimau (bentuk satira) dalam Hutan Kembayat Sutera diselit dengan cerpen (mengandungi kisah luar hutan) dan nota-nota di Batu Bersurat. Harga RM135/= senaskhah. Cetakan terhad untuk koleksi penggemar novel.

Bunyi surat/dokumen itu.

    Ditujukan untuk perhatian kaum harimau politkus  yang berpolitik di rimba raya.

Klinik Politikus

    Sebuah bangunan tinggi bagaikan sebuah lilitan dawai pagar rupa bentuknya. Bangunan setinggi  enam puluh tiga tingkat. Macam-macam  jenis syarikat dan pejabat persendirian atau bilik pejabat kegunaan peribadi. Syarikat Fido Bo Bhd.,  Doltiket Poy Bhd.,  Keropok Tido Sdn. Bhd. ,
Penyapu Basi Bhd., Najitoyak Khol Bhd., Lababo Katak Sdn. Bhd., Din Joget, Mozi Cukil, Pang To,  Gukepal Englo dan macam-macam jenis  syarikat.
Di antara puluhan syarikat besar itu ada sebuah klinik yang diberi nama KLINIK POLITIKUS .

Klinik Politikus ini di tempatkan di Tingkat 7-57-98/99. Hanya orang tertentu yang tahu ke tempat itu. Mereka dikehendaki mendaftar di pelabuhan  dan kemudian akan dibawa secara sulit ke Klinik Politikus. Yang  punya diri mengetahui klinik ini.

Dan setiap pesakit atau pelanggan ke klinik ini akan melupakan sepenuhnya  akan tempat ini selepas menerima rawatan. Mereka bagaikan tidak pernah menerima apa-apa rawatan untuk menyembuh penyakit atau masalah mereka. Semua kes adalah sulit dan dilindungi secara perjanjian dan undang-undang. Nama pesakit dirahsiakan sepenuhnya. Bayarannya ikut kemampuan Yang Berhormat itu.

 Pesakit diminta membeli sebuah penyapu,  berus dan span dengan harga ikut kemampuan dan jenis penyakitnya. Pesakit akan sembuh, segar, ceria, bertenaga dan berfikiran positif.

Tetapi jika melanggar pantang, mereka terpaksa masuk semula ke klinik ini. Pantangnya mereka tidak boleh makan harta anak yatim, atau mengutip wang amal dan kemudian menggunakan sebahagian untuk diri atau syarikatnya. Apatah lagi jenis wang yang diterima secara rasuah. Mereka  mesti mengamalkan puasa setiap bulan sekurang-kurang tiga hari. Penyapu, berus dan span yang dibeli di Klinik Politikus hendaklah digunakan apabila berada  di mana-mana sahaja. Jika  mendapati rumah bersampah, maka hendaklah sama-sama menyapu sampah dengan keluarga.  Jika ada  kain baju  kotor atau kawasan simen rumah yang kotor, maka hendaklah diberus. Dibersihkan.

Span  hendaklah digunakan untuk membasuh pinggan-mangkuk selepas makan. Terutama pinggan makan sendiri. Jangan sekali menggaji atau ada pembantu rumah atau amah.

Pesakitnya terdiri dari ahli politik sahaja dan masih berkhidmat atau memegang status wakil rakyat  Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.
Pesakit datangnya dari pelbagai negara termasuk USA, England, Sepanyol, Perancis Russia, Jerman, India, China, Mongolia, Afrika, Switzerland,Thailand, Jepun, Australia, New Zealand, Singapura, Kanada, Filipina, Denmark dan Belanda.

Klinik Politikus ini  khas untuk mengubati penyakit orang politik. Penyakit kronik orang politik yang diburu oleh bayang-bayang politiknya kerana perbuatan salah diri sendiri.

Mereka ada yang terisak-isak menangis. Malah yang terhentak-hentak tangisannya. Hentakan tangis tidak pernah berlaku. Hentakan ini bermakna sambil menangis sambil menghantuk kepala dan menghentak kaki ke tunggul kayu atau di  tempat keras.

 Ahli politik boleh melepaskan geram di klinik ini. Diajar menumbuk macam ahli peninju dunia. Mereka akan berbuat apa sahaja. Tetapi mesti menggunakan alat yang disediakan oleh Klinik Politikus sahaja. Alat ciptaan Klinik Politikus boleh meredakan dan menjelmakan ketenangan. Peralatannya nampak serupa  seperti di hospital dan di rumah tetapi kesan dan kegunaannya amat ajaib. Dengan segera berupaya menyembuh  penyakit politikus. 

Ahli politik yang hilang visi akan membakar kakinya hingga lecur dan kemudian diberi ubat Kong Kang Beruk namanya bagi penyembuhan. Ahli politik yang selalu memberi harapan kepada rakyat tetapi tidak menunaikannya, mereka akan dimandikan dengan air cili padi dan kemudian disumbat mulutnya dengan daging busuk. Akhirnya diberi ubat Tok Tok Ketampi namanya.

Mereka yang suka berperang dan suka menjajah rakyat yang merdeka akan  dilelong segala hartanya dulu sebelum diberi ubat Ketiting Tempoyak Basi namanya. Ubat ini membolehkan mereka mati dengan aman. Jika tidak hidupnya sentiasa  diburu oleh mimpi yang tubuhnya kena panggang dan datang  serigala meratahnya.

Bermacam-macam jenis penyakit dan bermacam-macam jenis ubat disediakan. Mereka yang mendapat rawatan di klinik ini akhirnya ceria dan wajahnya membunga senyuman manis dan kuat beribadat.

 Mereka yang beragama diberi suntikan dengan ajaran roh agama. Pegangan agama sebagai makanan rohani. Mereka perlu membaca kitab-kitab agama dan berbanyak-banyak zikir.

Doktor yang didatangkan di sini adalah sebenarnya orang biasa tetapi diberi ijazah kerana keikhlasan mereka untuk mengubati pesakit ahli politik dunia. Pemandu atau pengawal peribadi, setiausaha-setiausaha  Ahli Yang Berhormat semuanya tidak tahu bos-bos mereka mendapat rawatan di Klinik Politikus itu.

    Syarikat ini dipunyai pengasasnya iaitu Tuan Abdul Mutalib Rani dengan Penasihatnya Profesor Madya  Tahir Kadir. Keuntungan syarikat, sebahagiannya digunakan untuk membangunkan pendidikan anak yatim dari peringat rendah hingga ke peringkat tinggi. Sebahagian lagi untuk membeli semula tanah nenek-moyangnya yang sudah tergadai ke tangan orang lain dan membangunkan nasib kaum harimau yang terbiar.

    Perbuatan mereka itu terdengar kepada dua ekor anak harimau iaitu si harimau Putera Hang Tuah dan si harimau Puteri Tun Fatimah. Dua ekor harimau suka bunyi surat itu. Bunyi itu suara yang bukan daripada manusia. Tetapi daripada benda dan binatang. Surat itu bunyikah? Bunyi senapang. Bunyi burung, alat muzik, bunyi biola. Apa bunyi surat itu?Ha!Ha! Sebuah permainan kata. Disengajakan.

Sang tikus yang bersembunyi dalam kapal keriau dengan kisah Klinik Politikus itu. Sang tikus juga mangsa tikus politik/orang politik yang suka berlawan dengan musuh politik dengan mendekati  personal attacks/serangan peribadi. Sepatutnya tikus politk membangunkan perkasa keyakinan  dan imej besar rakyat tikus. 

Harapan baru rakyat tikus mesti ditonjolkan bukan aktiviti lapuk, penipuan dan pandangan lemah dipancarkan. Cara ini merupakan teropong yang salah  hingga rakyat tikus muak dan benci.

Seekor lipas melintas di beberapa helaian kertas yang terlepas dari tangan seorang kelasi kapal. Kertas itu berterbangan ditiup angin di atas dek lalu masuk ke pintu tangga ke perut kapal.

Cerita Tiga:

Pandangan/Cadangan oleh A.Ghani Abdullah kepada PENA
Pada 20 Disember 2009 sempena Mesyuarat Agung PENA
---------------------------------------------------------------

1.    Memandangkan ada beberapa orang ahli PENA menganggotai Ahli Lembaga Pengelola DBP
Maka saya mencadangkan usul  supaya DBP diberi peruntukan besar seperti sebuah Kementerian Sukan-Kementerian Kebudayaan dan Kesenian dan sebahagian daripada peruntukan itu dapat

    Menjana gerakan bahasa dan sastera serta penerbitan dalam bahasa Melayu dengan lebih berkesan lagi.
    Diberi peruntukan kepada badan-badan penulis  tanah air secara tetap seperti PENA.
     Memberi bantuan kepada penulis tanah air menerbitkan karya sendiri-kreatif dan non kreatif dengan syarikat yang dipilih oleh penulis (Barangkali sekarang ada tetapi seperti melepaskan batuk di tangga sahaja).
    Menerbitkan akhbar sendiri untuk gerakan membangun dan mempopularkan penulis dan karya tanah air bukan sekadar Buletin Klik sahaja.
    Membolehkan DBP merancakkan kerjasama dengan TV dalam negeri dan luar negeri dalam memperkenalkan penulis dan karya.

2.Memandangkan keperluan dan cabaran sekarang dan akan datang, maka Menteri dan Kementerian Pendidikan (Sepaututnya DBP sudah lama di bawah Jabatan Perdana Menteri)  hendaklah melantik Ketua Pengarah DBP  daripada Pegawai DBP bersendiri. Jika mereka belum bersedia;  maka hendaklah melantik tokoh bahasa/sastera/budaya /sasterawan negara menduduki jawatan itu bukan melantik seseorang sebagai tugas pentadbir sahaja.

3.Memandangkan penulis kreatif dan non kreatif dalam bahasa Melayu mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan ilmu, maka royalti penulis hendaklah bebas daripada sebarang cukai kecuali buku teks.

4.Memandangkan perkembangan hadiah untuk pertandingan popular lain mencecah satu juta, maka eloklah pihak kerajaan menghulurkan hadiah untuk Anugerah Sasterawan Negara sehingga RM 200/= ribu dan sebuah rumah banglo. Mana-mana Sasterawan Negara terdahulu yang menerima RM30/= ribu  hendaklah ditambah RM30/= ribu  seperti hadiah yang diterima oleh Sasterawan Negara kini yang menerima hadiah sebanyak RM60/= ribu.

5.Memandangkan kebajikan dan kepentingan penulis belum diberi perhatian serius oleh banyak pihak, maka eloklah gerakan kebajikan dan kepentingan penulis ini terus digerakkan oleh PENA dan persatuan penulis yang lain. Termasuk misalnya kedudukan dan kebajikan  Dr. Ahmad Razali sebagai Setiausaha Kerja dan Setiausaha Agung PENA.

6.Memandangkan badan-badan tertentu termasuk DBP hendaklah lebih yakin melaksanakan  tugas atau melaksanakan fungsinya dan jangan sehingga timbul seperti yang disuarakan oleh Datuk Noor Azam bahawa artikelnya yang memperkatakan tentang bahasa pun tidak berani disiarkan oleh pihak DBP. Perkara ini tentunya menimbulkan banyak kemungkinan dan persoalan kepada kaum penulis dan orang ramai.

7. Kaum penulis dan persatuan penulis tentunya amat berterima kasih kepada Datuk Hassan Ahmad dan SN Datuk A. Samad Said, Datuk Baha Zain  dan rakan-rakan lain yang teguh memperjuangkan Matematik dan Sains kekal dalam Bahasa Melayu.Tahniah dan terima kasih.

a.ghani abdullah

*Nota: Lazim pandangan hanya pandangan. Apa kata Y.A.B. Perdana Menteri, mahukah beliau memikirkan cadangan ini? Lihat cerita penulis tanah air zaman Usman Awang, Keris Mas dalam novel Apabila Hidup Menjadi Lembah Kesusahan.

-AG

Cerita Dua:

Novel Harimau Oh Harimau lebih merupakan Novel Sacerdai iaitu novel yang mengandungi unsur satira dan dibalut dengan bongkah batu bersurat yang mengandungi cerpen dan unsur catatan atau nota. Kisah lima ekor harimau cuba menyelamatkan  seekor anak harimau daripada dibunuh oleh manusia. Ibu bapa anak harimau dibunuh oleh manusia.

Tentang novel di atas saya  cabut petikan ucapan rakan Tiroha Lib ( Nama panggilan rakan) : Katanya, “ Novel Harimau Oh Haraimau ini tidak ditulis dalam bentuk yang lazim ditulis oleh penulis novel yang lain. Saya  berharap novel ini dapat dilihat dan diterokai sebagai sebuah novel berbentuk baru iaitu novel  Sacerdai. Dengan istilah ini barangkali penganalisis dapat berbicara daripada terlibat dalam penjajahan teori. Penjajahan teori yang saya maksudkan ialah penganalisis/pembicara tidak menjadi novel Harimau Oh Harimau seperti penjajahan Inggeris yang menakluki sesebuah negara bagi mendapatkan hasil dalam negeri yang ditaklukinya. Kebaikan dan kemajuan rakyat/penduduk asal dibuaiabaikan.” Itu pandangan seorang rakan.

Barangkali maksud rakan saya itu, seperti yang dilakukan oleh seorang pensyarah (Allahyarham) Dr. Darwis Harhap. Cara memaparkan ulasan bersama dengan ilmunya dengan penulis/pengkarya. Atau yang pernah saya lihat tulisan dan ulasan yang dibuat oleh Jaafar Rahim (Dato’). Saya tak tahu nak katakan apa, barangkali Prof. Madya Taha Kadir (Bekas pensyarah UPM), atau Dr. Sahlan , Dr. Mana Sikana, Dr.Muhammad Hj. Saleh, Dr. Hashim Awang, Drs. Daud Mohammad  boleh beri komen. 

Bagi saya, penulis  eloklah terus menulis cara dan bentuk serta perjuangan yang tergerak ke arah kebenaran yang difikirkannya. Biarlah orang lain mengulas ikut rentaknya. Yang penting, galakkan rakyat Malaysia suka membaca! Galakan penulis menerbitkan pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu. Termasuklah orang bukan Melayu.

Saya tabik hormat kepada Datuk A.Samad Said, Dato’Aziz Deraman, Dato’ Ahamad Kamal Abdullah dan beberapa orang rakan lain yang sudi memiliki novel ini dan memberikan sokongan.

Terima kasih.-A.GHANI ABDULLAH

Citra : Poskad

Posted by S.A.G On 9:08 AM 0 comments

Cerita Satu

Pos Kad Datuk Dr. Hassan Ahmad daripada  Paris, Perancis (1988).
(Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka)
kepada A. Ghani Abdullah

{ Baru hari ini saya rasmi menjadi Duta/Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO setalah saya menyampaikan surat tauliah Kerajaan Malaysia kepada pihak

UNESCO dalam satu upacara ringkas. Kita kena bekerja kuat untuk memperkenalkan Malaysia kepada 158 buah negara anggota UNESCO. Hati

saya masih di DBP walaupun badan ini di Paris---masih terkenangkan kawan-kawan  yang baik hati meraikan perpisahan saya. Terima kasih

kerjasama. Kirim salam kepada AJK Kesatuan, kepada Nordin Chek Wan dll. Harap maju jaya dalam tugas.}
-Hassan 7.9.88.

Nota:
Saya sungguh terharu menerima surat Datuk Hassan Ahmad itu. Beliau seorang yang disenangi oleh semua peringkat staf baik golongan bawah atau

golongan pegawai tertinggi DBP. Apatah lagi komitmennya amat tinggi  dalam soal memertabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara.

Lagi pun  Datuk Hassan amat dihormati dan disenangi oleh wakil-wakil Majlis Kesatuan Pekerja Badan-badan Berkanun seluruh Malaysia ketika itu.

Beliau banyak menyumbang fikiran untuk pembangunan dan masa depan kaum pekerja.

Dalam satu persidangan kesatuan sekerja seluruh Malaysia, Datuk Hassan Ahmad pernah ditanya oleh  Ahli Majlis Kesatuan Pekerja Badan Berkanun

Malaysia: “ Bagaimana jika pihak kerajaan melantik Presiden Kesatuan pekerja DBP menjadi Ketua Pengarah DBP selama tempoh satu  hari.”
Lalu Datuk Hassan menunjuk ke arah saya, “ Jika Ghani dilantik Ketua Pengarah DBP: Pertama dia akan  membuang Pengarah!”. Ketika itu seluruh

wakil kesatuan sekerja Malaysia memberi tepukkan tanda terharu dengan jawapan bersahaja dan mencuit hati itu. Datuk Hassan amat berjiwa besar

tanpa melenting dengan soalan sedemikain. Dia bijak tanpa bertindak melemparkan marah kepada kaum pekerja. Dia contoh pemimpin berilmu dan

menyampkan ilmunya untuk kebaikan semua rakyat negara.

Datuk Hassan Ahmad adalah tokoh utama mendaulatkan ilmu, roh dan akal Bahasa Jiwa Bangsa dengan sokongan kuat para penulis dan pekerja

DBP. Itulah sebabnya ketika beliau menajdi  Wakil Malaysia di Unesco, Paris;  wakil dunia  amat mengundang buah fikiran Datuk Hassan dan

beranggapan beliau sebagai tokoh UNESCO yang amat dihormati. Beliau bekerja kuat untuk mendaulatkan pandangan dunia kepada Malaysia.
-A.Ghani Abdullah –Mantan Presiden Kesatuan Pekerja DBP dan Setiausaha Agung PENA.

Novel: Harimau Oh Harimau

Posted by S.A.G On 11:26 AM 0 comments

Genre: Novel
Mukasurat: 460
Cetakan Pertama: 2009
ISBN: 978-983-42281-2-5
Kulit Keras
Harga: RM135 Senaskah

Sebuah Novel berunsur satira di Hutan Kembayat Sutera. Benua Batu Bersurat. Buah tangan penulis novel Apabila Hidup Menjadi Lembah Kesusahan! Sesuai untuk remaja atau dewasa. Termasuk angkasawan, ahli politik, doktor, jurutera, guru dan anda semua! Cetakan Edisi Terhad.

Genre: Novel
Mukasurat: 309
Cetakan Pertama: 2008
ISBN: 978-983-42281-1-8
Kulit Keras
Harga: RM96 Senaskah

Buku ini kisah penulis ketika bersama-sama zaman Usman Awang, Keris Mas, Baha Zain, Noor Azam, Hasan Ahmad. Kini mereka orang-orang bergelar dan tokoh besar bangsa-negara. Sebahagian cerita adalah benar dan sebahagian lagi ilusi yang tersirat selepas berhenti dari DBP dan sebagai mantan Setiausaha Agung PENA.

Cerita rakyatnya diambil dari cerita orang-orang tua, percakapan bekas pegawai DBP dan kini cerita itu banyak telah dibukukan.

Zaman kenalan rapat dengan Datuk Johan Jaaffar, SN Datuk A.Samad Said, Wahba, Ali Majod dan rakan-rakan lain dalam PENA dan GAPENA membuat saya menerbitkan novel ini.

Keratan Akhbar Berita Harian - Jumaat 1 Ogos 2008