CERITA TUJUH
Lakaran cerita sepatah kata oleh A.Ghani Abdullah
HAI KATAK!
Katak Cilak jangkanya sudah lama dihumban dalam api.Biar terkangkang hangus empat kakinya dan hancur kerepot kepalanya. Kepalanya yang penuh ulat gondol dan racun rumpun. Mana yang tak jadi debu dibubuh limau dihumban dalam tangki tahi kerbau di sungai buaya sana.
Apa tidaknya, Katak Cilak paling dibenci oleh Burung Putih kerana tiap kali berbunyi mengeluarkan racun dan menyembur mati setiap yang beridri di depannya.
Malah tempias buih racun mulat Katak Cilak melumpuhkan pendengaran tumbuhan dan biantang kelilingnya. Memang patut pun dihapuskan Katak Cilak.
Segi hukumnya kuasa Tuhan. Tetapi hati kaum binatang tetap ada tersentuh juga perasaan mahu menjatuhkan hukum kepada si katak Cilak. Apatah lagi sikap dan perlakuan Katak Cilak itu memang koto,menjijik dan kejam pun.
Burung Putih terluat di hatinya meminta Katak Cilak itu mati. Mati atas perbuatan Katak Cilak sendiri. Bukan oleh sebab lain atau dilakukan oleh binatang lain. Tak baik ucapan demikian, tetapi itulah yang terjadi. Semoga diberi petunjuk dan pengampunan.
Katak Cilak hidupnya lebih binatang daripada binatang itu sendiri. Maka Katak Cilak bukan jenis binatang dalam istilah Burung Putih lagi. Penuh kotoran.
Mukanya yang elok cantik seperti katak tetapi kini Katak Cilak berupa hantu jerangkung bangkai dengan mata merah dan tubuh menjijikan segala kaum binatang. Apatah lagi jika disentuh dan dilihat oleh kaum manusia.
Burung Putih memang tak boleh berbuat apa-apa. Dia menyimpan sabar dan marah. Dia berdukacita dalam hati dan dirinya. Burung Putih tidak mahu bertindak kerana dirinya sendiri tidak ada kuasa itu. Sebab Katak Cilak ini memang jenis binatang yang hidup dalam dunia bagi mengerjakan kelakuan neraka.
Katak Cilak asal dari kaum yang kejam dan samseng. Memang tidak pernah dilakar di hatinya sebuah jiwa yang memandang baik kepada kaum binatang lain.
Apatah lagi kepada Burung Putih yang selalu berbuat baik tetapi dibalas dengan cakaran dan sumpahan serta menabur racun membunuh.
Katak Cilak berbuat baik apabila berjumpa rakannya seperti Pot, Tet, Kot, Sot,Tut seriii
------------