Cerita Dua:
Novel Harimau Oh Harimau lebih merupakan Novel Sacerdai iaitu novel yang mengandungi unsur satira dan dibalut dengan bongkah batu bersurat yang mengandungi cerpen dan unsur catatan atau nota. Kisah lima ekor harimau cuba menyelamatkan seekor anak harimau daripada dibunuh oleh manusia. Ibu bapa anak harimau dibunuh oleh manusia.

Tentang novel di atas saya cabut petikan ucapan rakan Tiroha Lib ( Nama panggilan rakan) : Katanya, “ Novel Harimau Oh Haraimau ini tidak ditulis dalam bentuk yang lazim ditulis oleh penulis novel yang lain. Saya berharap novel ini dapat dilihat dan diterokai sebagai sebuah novel berbentuk baru iaitu novel Sacerdai. Dengan istilah ini barangkali penganalisis dapat berbicara daripada terlibat dalam penjajahan teori. Penjajahan teori yang saya maksudkan ialah penganalisis/pembicara tidak menjadi novel Harimau Oh Harimau seperti penjajahan Inggeris yang menakluki sesebuah negara bagi mendapatkan hasil dalam negeri yang ditaklukinya. Kebaikan dan kemajuan rakyat/penduduk asal dibuaiabaikan.” Itu pandangan seorang rakan.
Barangkali maksud rakan saya itu, seperti yang dilakukan oleh seorang pensyarah (Allahyarham) Dr. Darwis Harhap. Cara memaparkan ulasan bersama dengan ilmunya dengan penulis/pengkarya. Atau yang pernah saya lihat tulisan dan ulasan yang dibuat oleh Jaafar Rahim (Dato’). Saya tak tahu nak katakan apa, barangkali Prof. Madya Taha Kadir (Bekas pensyarah UPM), atau Dr. Sahlan , Dr. Mana Sikana, Dr.Muhammad Hj. Saleh, Dr. Hashim Awang, Drs. Daud Mohammad boleh beri komen.
Bagi saya, penulis eloklah terus menulis cara dan bentuk serta perjuangan yang tergerak ke arah kebenaran yang difikirkannya. Biarlah orang lain mengulas ikut rentaknya. Yang penting, galakkan rakyat Malaysia suka membaca! Galakan penulis menerbitkan pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu. Termasuklah orang bukan Melayu.
Saya tabik hormat kepada Datuk A.Samad Said, Dato’Aziz Deraman, Dato’ Ahamad Kamal Abdullah dan beberapa orang rakan lain yang sudi memiliki novel ini dan memberikan sokongan.
Terima kasih.-A.GHANI ABDULLAH

0 Response for the "Citra : Novel Harimau Oh Harimau"
Post a Comment