Cerita Satu
Pos Kad Datuk Dr. Hassan Ahmad daripada Paris, Perancis (1988).
(Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka)
kepada A. Ghani Abdullah
{ Baru hari ini saya rasmi menjadi Duta/Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO setalah saya menyampaikan surat tauliah Kerajaan Malaysia kepada pihak
UNESCO dalam satu upacara ringkas. Kita kena bekerja kuat untuk memperkenalkan Malaysia kepada 158 buah negara anggota UNESCO. Hati
saya masih di DBP walaupun badan ini di Paris---masih terkenangkan kawan-kawan yang baik hati meraikan perpisahan saya. Terima kasih
kerjasama. Kirim salam kepada AJK Kesatuan, kepada Nordin Chek Wan dll. Harap maju jaya dalam tugas.}
-Hassan 7.9.88.
Nota:
Saya sungguh terharu menerima surat Datuk Hassan Ahmad itu. Beliau seorang yang disenangi oleh semua peringkat staf baik golongan bawah atau
golongan pegawai tertinggi DBP. Apatah lagi komitmennya amat tinggi dalam soal memertabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara.
Lagi pun Datuk Hassan amat dihormati dan disenangi oleh wakil-wakil Majlis Kesatuan Pekerja Badan-badan Berkanun seluruh Malaysia ketika itu.
Beliau banyak menyumbang fikiran untuk pembangunan dan masa depan kaum pekerja.
Dalam satu persidangan kesatuan sekerja seluruh Malaysia, Datuk Hassan Ahmad pernah ditanya oleh Ahli Majlis Kesatuan Pekerja Badan Berkanun
Malaysia: “ Bagaimana jika pihak kerajaan melantik Presiden Kesatuan pekerja DBP menjadi Ketua Pengarah DBP selama tempoh satu hari.”
Lalu Datuk Hassan menunjuk ke arah saya, “ Jika Ghani dilantik Ketua Pengarah DBP: Pertama dia akan membuang Pengarah!”. Ketika itu seluruh
wakil kesatuan sekerja Malaysia memberi tepukkan tanda terharu dengan jawapan bersahaja dan mencuit hati itu. Datuk Hassan amat berjiwa besar
tanpa melenting dengan soalan sedemikain. Dia bijak tanpa bertindak melemparkan marah kepada kaum pekerja. Dia contoh pemimpin berilmu dan
menyampkan ilmunya untuk kebaikan semua rakyat negara.
Datuk Hassan Ahmad adalah tokoh utama mendaulatkan ilmu, roh dan akal Bahasa Jiwa Bangsa dengan sokongan kuat para penulis dan pekerja
DBP. Itulah sebabnya ketika beliau menajdi Wakil Malaysia di Unesco, Paris; wakil dunia amat mengundang buah fikiran Datuk Hassan dan
beranggapan beliau sebagai tokoh UNESCO yang amat dihormati. Beliau bekerja kuat untuk mendaulatkan pandangan dunia kepada Malaysia.
-A.Ghani Abdullah –Mantan Presiden Kesatuan Pekerja DBP dan Setiausaha Agung PENA.
0 Response for the "Citra : Poskad"
Post a Comment