A. Ghani Abdullah

a-ghani-abdullah.blogspot.com

  • Karya besar penggerak diri

    A GHANI ABDULLAH, pengarang kelahiran Ramuan Cina Kecil, Lubuk Cina, Melaka. Karyanya mendapat tempat dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Harian Nasional, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar di samping menulis novel, Camar Putih di Awan Biru, pada 1991; Permaisuri (1995) dll.

NOSTALGIA

Posted by S.A.G On

BIODATA PENULIS : A.GHANI ABDULLAH

Nama Samaran : Lunguyan, Kamni, Airos,  Putih, Muhidah, Rosai, Daga.  –dll.

A.GHANI ABDULLAH   anak kelahiran Kampung Ramuan Cina Kecil,Lubuk Cina, Melaka, 2 Mac 1949. Minat menulis sejak di bangku sekolah rendah selepas membaca Hikayat Muhammad Ali Hanfiah dan novel Salina. Puisi awalnya pernah tersiar dalam majalah  (1965) Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Kemudian barulah tersiar di dalam  majalah Dewan Masyarakat  (1969) dan Dewan Sastera.

Semasa Sekolah Rendah Kampung Ramuan Cina Kecil pernah melihat pelajar degil/nakal diberi minum air tanah kebun dalam tempurung oleh cikgu. Tak ada pula ibu bapa yang melangsang/menyerang.

A.Ghani disekolah rendah pernah bermain hoki, bola sepak, lompat galah. Pernah menang tempat pertama pakaian beragam bersama rakan. Tempat pertama menyediakan tabung duit diperbuat daripada buluh. Pernah mendapat biasiswa RM 9/+ sebulan. Simpan wang dalam pejabat pos di Masjid Tanah ketika itu.

Semasa di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pernah memegang jawatan Ketua Murid, Pengerusi Persatuan Agama Islam,Pengerusi Anak-anak Polis Pudu,  menjadi guru sukarela Kesatuan Pelajar Melayu Semenanjung  (KPPMS/GPMS)di Kampung Baru,Kuala Lumpur (mengajar Matematik/ Bahasa Melayu dan Sains).

Mula berlakon semasa di Sekolah Menengah Masjid Tanah , Melaka (1962-63). Terlibat juga dalam Kelab Lukisan, Persatuan palang Merah.
Aktif menulis dan mengasah bakat semasa di USM, Minden, Pulau Pinang. Di sana bertemu dengan rakan-rakan seperti Wahba, Zakaria Ariffin, Jumanoh Bunga, Bharuddin M.Z, Azizi Abdullah.  Di USM dapat didikan Pensyarah Dr. Ramola Sody, Shahnon Ahmad, Fatimah Busu, dll.
Mereka yang mula-mula menaikan nama A.Ghani  dalam Berita Harian/Berita Minggu ialah Hadrami A.R. Dalam bidang cerpen Datuk A.Samad Said melalui cerpen Dulang Emas.

Aktif dalam kegiatan budaya dan sastera semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur dengan galakan dan peluang yang diberikan oleh Usman Awang, M.Noor Azam, Keris Mas dan Baha Zain dan Hassan Ahmad.

Semasa kegiatan Cempaka Berbunga rapat dengan Krishen Jit, A.Latiff Mohidin, Rahim Razali, Ahmad Yatim, Piyadasa, Baharuddin Musa,  Ismail Zain, Zuriah, Fatimah, Mustafa, Ghazali, Khalid Salleh dan rakan pelukis waktu itu. Mula kenal Othman Hafsham yang baru balik dari luar negeri.

A.Ghani Abdullah  pernah menjadi Pengarah beberapa buah drama pentas  seperti  "Pegawai Khalwat" karya Kala Dewata, "Mahkamah Keadilan" karya Taufik Al-Hakim (Mesir), “Mendung” karya A.Ghani Abdullah. Pernah melakon sketsa burung gagak kena tembak di di depan Menteri Perangan Malaysia waktu itu, Tan Sri Ghazlie Shafie, di Tingkat Satu Bangunan DBP lama. Latiff Mohidin menyediakan topeng muncung burung gagak. Waktu kena tembak, lutut menghentak pentas kecil. Bagaikan letupan senapang. Sakit!

Pernah berlakon dan menjadi Pengurus Pentas. Terlibat dalam beberapa buah drama arahan Johan Jaaffar (Datuk), Othman Zainuddin, Zakaria Ariffin.

Pernah membuat persembahan budaya di Universiti Malaya dalam Bentuk Puisi-Drama sempena Pesta Buku Kebangsaan.  Persembahan Drama Pentas di Tepian Gelanggang, Melaka; Di Panggung UKM, di Balai Budaya DBP, di Jalan Belanda sempena Pasar Seni dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Dewan Badaraya KL; di Sekolah Alam Shah semepena hari Guru ; di pentas Kampung Sendayan, N.Sembilan; di Sekolah Menangah Ranau dengan pelakon Anak Seni Kota Kinabalu, Sabah.

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:
1.Mantan  Pegawai Perancang Bahasa  ( Sastera ) di Dewan Bahasa dan Pustaka  (02-10-1969 hingga 02-01- 1998 )
2. Mantan Setiausaha  Agung  Persatuan Penulis Nasional Malaysia / PENA  (1988 hingga  1998 )
3. Mantan  Setiausaha Bersama Barisan Bertindak Bosnia (BBB)
4.Mantan Setiausaha dan Penyelaras Drama Sekolah Menengah Seluruh Malaysia.(1974- 1977)
5. Mantan Penyelaras Projek Peraduan  Cerpen   Puisi Sekolah Menengah Malaysia
6.Mantan Pegawai Projek  Peraduan Menulis Puisi Sekolah Menengah Malayasia

Pernah terlibat dalam melaksanakan kegiatan budaya/sastera dengan  kerjasama :
-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kelab Sastera Dewan, Persatuan-persatuan penulis negeri, Maktab Perguruan, Univeristi, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan dan lain-lain.

Di samping itu  beliau  sering diundang menjadi hakim pelbagai bidang seperti puisi, cerpen, drama, pidato, bahas, deklamasi , forum dan pantun.
Beliau bukan sahaja menulis puisi tetapi juga  cerpen,esei-kritikan, novel, kertas kerja untuk seminar/bengkel dan drama.
Karya-karyanya tersiar di dalam akhbar/majalah tempatan seperti  Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Minggu,  Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Pelaja , Mastika , Al-Islam, Wanita , Harian Nasional dan lain-lain.

    MENDAPAT PENDIDIKAN PENULISAN KREATIF :

1. Universiti Sains Malaysia, Penulisan Kreatif
2. Sanggar Rendra di Depok (Puisi -Drama),
3. Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI-Sejarah dan Kajian),
4. Taman Ismail Marzuki (Teater/ Puisi).

Lawatan Sambil Belajar di luar negeri seperti di Mesir, Sepanyol, Turki, Palestin, Morocco, Thailand, Jordan , Indonesia, Brunei dan Singapura.

Beliau juga banyak mengikuti kursus penulisan, kepimpinan, motivasi, pentadbiran, bahasa dan sastera di pelbagai institusi dan persatuan.

    SEMASA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PERNAH MENJADI :

1. Presiden Kesatuan Pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Ahli Majlis Bersama Jabatan Badan-Badan Berkanun Malaysia
3. Munsyi Dewan dan Penyelaras Kelab Sastera DBP.
5. Sidang Pengarang Dewan Sastera,
6. Sidamg Pengarang Dewan Budaya
7. Pengarang Penyelaras Dewan Perintis Edisi Sabah,
8. Sidang Pengarang Jurnal Penulis
9. dan lain-lain.

JAWATAN-JAWATAN LAIN YANG  PERNAH DISANDANG:

1. Perunding Kreatif  ,  Perunding Kreatif dan Strategi (Bebas)
2. Editor Urusan, Jalur Sejahtera Sd. Bhd.
3. Fasilitator PBS/PLKN di Kem Millenium Beranang.
4. Fasilitator PPSB/PLKN di Kem Bina Semangat Kuala Kubu.
5. Penilai Manuskrip novel/cerpen/drama/puisi bebas.
6. Pengarah  AFP Sdn Bhd.
7. Penulis Undangan
8. Penceramah Bebas (motivasi/ penulisan kreatif dan non kreatif)
9. Ketua Hakim/ Hakim Pertandingan menulis/ pementasan/ pembacaan  Drama, Puisi, Cerpen, Novel, Forum, Pantun.
10. Penilai  dan Penyunting Puisi, Drama, Puisi, Novel
11. Fasilitator PPSB di beberapa Kem PLKN di Negeri Selangor.
12. dll.
 KARYA YANG TELAH DITERBITKAN:

NOVEL REMAJA :
1. Sal dan Munah ( Pustaka Sisitem Pelajaran Sdn.Bhd. 1984.
2. Norisa Sesat di Hutan (Progressive Products Supply,1987), Gergasi di Sebuah Gua (PPS ,1990).
3. Siti Zubaidah (klasik-Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.,1996);

NOVEL :
1.  Permaisuri (Creatif Enterprise Sdn.Bhd.,1995,cet.kedua 1999),
2.  Camar Putih di Awan Biru (DBP 1991,cet.kedua 1993).
3. Apabila Hidup Menjadi Lembah Kesusahan (PKS, 2008)
4. Hari,au Oh Harimau (PKS, 2009)

CERPEN :
1. Raksasa (Progressive Publishing House Sdn Bhd, 1993),
2. Neraca –antologi bersama Utusan Melayu Publication, 1980 ),
3. Lukisan Bernyawa -antologi bersama (UP&D, 1982),
4. Di Sisi Rinda- Penyelenggara Bersama Khatijah Ismail (DBP, 1987),
5. Menarah Gunung- antologi bersama (Penerbit Fajar Bakti, 1994),
6.  Hadiah-antologi bersama(Jabatan Penulisan Universiti Malaya, 1992).
7. U -Bot Buana 2020-Penyelenggara (DBP, 1996).
8. Cempiang Jalan (kumpulan cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001), antologi bersama (UPD, 2002).

PUISI  :
1. Berhati Nabi Berwajah Ibu-antologi bersama (Toko Buku A.Rahman,1979),
2. Catatan Orang Berdua -antologi bersama (PENA,1980,
3. Pahlawan-pahlawan Dilupakan Warisan-antologi bersama (1980),
4. Tinta Pena -antologi bersama(Pena,1981),
5. Keris Dalam Bunga Raya -antologi bersama (Pena,1985),
6.  Nostalgia -antologi bersama (USM,1994), dan lain-lain.
7. Tanah Pusaka ( Antologi bersama Pemenang Sayembara Menulis Puisi Selangor D.E 2001)
8. Bangau Oh Bangau, antologi puisi tiga sekawan, Penyelengara A. Ghani Abdullah(PKS,2007).
9.Kencana, Antoligi Puisi Jubli Emas DBP, Penyelenggara Salmiah Ismail (DBP, 2006)
10.dll.

ANTOLOGI  STENSILAN
1. Slected Poems, Kuala Lumpur:PENA,1993.
2. Suarasa- A. Ghani dan Borhan {lih.Perpustakaan DBP}
3. Bumi- A.Ghani Abdullah, 1973 (Lih.P/DBP)
4. Mahar-A.Ghani Abdullah , 1975.(lih. P/DBP)
5. Terus Terang Anak Tapi..A.Ghani Abdullah (lih.P/DBP)
6. Pujangga Nusantara, A. Ghani Abdullah (Lih. P/DBP)
7. dll

PUISI REMAJA:
 Kalbu Alam –Penyelenggara, A.Ghani Abdullah (DBP, 1995)
PUISI KANAK-KANAK: Lompat Si Katak Lompat, ( DBP, 19….)

DRAMA:
 Mahkota Pusaka –Penyelenggara A. Ghani Abdullah (Pena, 1997).

ESEI:
1. Persidangan Penulis Sabah-  Penyelenggara  A.Ghani Abdullah (1978)
2. Pena Sepanjang Tiga Dekad- Hasil sumbangan bersama, Kuala Lumpur: Pena, 1993.

MENULIS ESEI/KERTAS  KERJA.
 (Banyak esei yang tersiar  dalam akhbar dan majalah tiada dalam rekod penulis)
1.“ Suatu pun Tiada Tersembunyi antara Amir Hamzah (Hikayat) dan Saterawan Negara A. Samad Said ”,dibentangkan dalam Apresiasi Alam,Ekspedisi Penulis Malaysia  2000 pada 28 Mei 2000,di Laman Bestari Resort,Gombak,Kuala Lumpur.
2. “Bagaimana Menulis dengan Lancar dan Berwawasan Besar- Sebuah Penemuan”, dibentang dalam Bengkel/Seminar Penulisan  anjuran Kelab Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka dan Sekolah Menengah Tinggi Kajang, pada 14  April 2001, di  Dewan Besar Sekolah Menengah Tinggi Kajang,Selangor.
3.  dll
(Rujuk { Dewan Budaya,Dewan Sastera,Mastika, Harian Nasional,Mingguan Malaysia, Berita Minggu,Watan, Utusan Zaman, Dewan Perintis dll ).

HADIAH SASTERA:
1. Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Utusan 2000 dalam kategori puisi .
Tajuk Puisi  “ Lelah Tetap Indah”.
2. Hadiah Utama  Pemenang Kategori Cerpen Remaja, Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dengan tajuk “ Air Mata Kasih Sayang “, Utusan         Zaman, 23 September 2001.
3. Hadiah Ketiga Hadiah Sayembara Menulis Puisi Selangor 2001 ( 30 buah puisi) anjuran

Persatuan Sastera  Bandingan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor DarulEhsan

4. Hadiah Penghargaan  Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak 2003 . Kumpulan 10 buah puisi  “Bukan Lagi Rokokmu Bruno Manse”  
5. Hadiah Utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Remaja Karyanet 2006-DBP bertajuk- Aku dan Mahkhluk Asing .
6. Hadiah Sagu Hati  Kategori Puisi –“Kelahiran Kebenaran Bahasa”, Konsep Bangsa

Merdeka” dan “Pohon Ilmu”  sempena Sayembara Mengarang Sempena 50 tahun Merdeka anjuran DBP, 2007.



Cerita kanak-kanak:
         Siri Asal-usul Haiwan

1. Asal Pakuh dan Bunyi Kaf-Wau, 2002,Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
2. Sebab Pungguk Berjaga Malam, 2002,Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
3. Helang dan Ular, 2002,Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd,
4. Kaki ke Atas Kepala Ke Bawah, 2002 ,Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
5. Sebab Kucing Makan Tikus, 2002,Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
6. Ayam Hutan,Ayam Kampung, 2002,Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.

SIRI DONGENG KLASIK
1. Mencari Kerbau , 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn. Bhd.
2. Puteri Kaca Bertuang , 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn. Bhd.
3. Padi Emas, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn. Bhd.
4. Umpan Belalang Rusa, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn. Bhd.
5. Jengking Emas , 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn. Bhd.
6. Bertemu Harta , 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn. Bhd.

SIRI PERIBAHASA
1. Bagai Aur Dengan Tebing, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
2. Air Tenang jangan Disangka Tiada Buaya, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
3. Bagai Murai Tercabut Ekor, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
4. Seperti Kayu Bongkok, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
5. Layang-layang Putus Tali, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.
6. Setinggi-tinggi Terbang Bangau, 2002, Petaling Jaya,Maximseri Design Sdn.Bhd.

SIRI ASAL-USUL TEMPAT
1. Pembukaan Langkasuka, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
2. Sungai Batu Pahat, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
3. Naga Kepala Tujuh, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
4. Kampung Aganalar, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
5. Gunung Kinabalu, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
6. Samudera, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.

SIRI CERITA TOKOH
1. Tun Perak yang Bijaksana, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
2. Tun Lanang Berjasa, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
3. Tun Saleh Panglima Gagah, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
4. Tun Umar yang Berani, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
5. Amir Hamzah Menawan Mekah, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
6. Amir Hamzah Menawan Mesir, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.

SIRI CERITA KLASIK
1. Ditawan kerana Lalai, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
2. Burung Bayan Mencari Puteri, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
3. Puteri Mangkat Rakyat Berperang, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
4. Sang Rajuna Tapa Menjadi Batu, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
5. Mencari Buah Delima Putih, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
6. Raja Membeli Akal, 2003, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.

SIRI CERITA RAKYAT SABAH/SARAWAK
1. Lenggai Bersemangat Tinggi, 2004, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
2. Gayaya dan Gararap, 2004, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
3. Srikandi  Tani, 2004, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
4. Bajau Orang Berjauhan, 2004, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
5. Kaling Seorang Pahlawan, 2004, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.
6.Tigel dan Oyung, 2004, Petaling Jaya, Maximseri Design Sdn. Bhd.

KUMPULAN SIRI HAIWAN BESTARI
1. Pengajaran Buat Itik, 2005, Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.
2.  Harimau dan Gading Gajah, 2005, Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.
3. Di Sebalik Kisah Si Beruang, 2005, Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.
4. Gergasi dan Sahabat Kuda, 2005, Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.  
5. Kijang Tuah di Rimba, 2005, Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.
6. Pengembaraan di Negeri Belang, 2005, Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.

PEKERJAAN KINI:
Penulis dan perunding kreatif .

-----------070406/0203907/909/pind;03310

Carian