Harimau Oh Harimau
Genre: Novel
Mukasurat: 460
Cetakan Pertama: 2009
ISBN: 978-983-42281-2-5
Kulit Keras
Inilah dibentangkan kisah kaum harimau di Hutan Kembayat Sutera di Benua Batu Bersurat oleh Raja Harimau Perdana yang menjaga Kitab Hikayat Harimau Rimba Benua. Persembahan cerita harimau banyak melalui Batu Bersurat yang terpaksa ditempuhi atas Hukum Kanun Puncak Harimau Sakti Perkasa Diraja.
- Petikan Ucapan Profesor Harimau MTHdD
Apabila Hidup Menjadi Lembah Kesusahan
Genre: Novel
Mukasurat: 309
Cetakan Pertama: 2008
ISBN: 978-983-42281-1-8
Kulit Keras
Buku ini kisah penulis ketika bersama-sama zaman Usman Awang, Keris Mas, Baha Zain, Noor Azam, Hassan Ahmad. Kini mereka orang-orang bergelar dan tokoh besar bangsa-negara. Sebahagian cerita adalah benar dan sebahagian lagi ilusi yang tersirat selepas berhenti dari DBP dan sebagai mantan Setiausaha Agung PENA.
Cerita rakyatnya diambil dari cerita orang-orang tua, percakapan bekad pengawai DBP dan kini cerita itu banyak telah dibukukan.
Zaman Kenalan rapat dengan Datuk Johan Jaaffar, SN Datuk A. Samad Said, Wahba, Ali Majod dan rakan-rakan lain dalam PENA dan GAPENA membuat saya menerbitkan novel ini.
Tanah Penuh Ihsan
Genre: Kumpulan Puisi
Mukasurat: 344
Cetakan Pertama: 2003
Kulit Nipis
Antologi ini memuatkan 182 puisi daripada tujuh kumpulan puisi karya tujuh penulis tanah air yang memenangi hadiah utama dan hadiah penghargaan Sayembara Menulis Puisi Selangor Darul Ehsan 2001. Hampir keseluruhan puisi tersebut menggambarkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap bangsa dan budaya Selangor, yang belum pernah ditemui dalam mana-mana antologi puisi sebelum ini. Antara karya A Ghani Abdullah adalah Supermokh yang telah memenangi salah satu hadiah utama.
Mahkota Pusaka
Genre: Kumpulan Skrip Drama Sejarah Melayu
Mukasurat: 529
Cetakan Pertama: 1997
ISBN: 983-62-5626-1
Kulit Nipis
Sebanyak 14 skrip terbaik daripada yang dipertandingkan dipilih untuk antologi drama ini - Mahkota Pusaka. Diharapkan dengan penerbitan antologi ini akan menjadi bahan bacaan serta menambahkan lagi senarai naskah drama tempatan yang boleh dikembangkan di pentas prosenium kita serta boleh dijadikan drama TV bagi menolong penonton Malaysia memahami Sejarah Melayu - Sejarah bangsanya di dalam menhadapi gelombang perubahan menuju cita-cita negara maju.
U-Bot Buana 2020
Genre: Kumpulan Cerpen Sastera Remaja
Mukasurat: 181
Cetakan Pertama: 1996
ISBN: 983-62-4307-9
Kulit Nipis
Cerpen-cerpen antologi ini memenangi hadiah utama dan sagu hati dalam Peraduan Menulis Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994. Semuanya membawa persoalan yang relevan dengan pembaca remaja sesuai unuk pembinaan sahsiah dan rohani mereka. Persoalan itu diungkapkan dalam cipta sastera yang indah melalui gaya bahasa yang bertenaga dan teknik penulisan yang memikat. Penulis-penulis yang menghasilkan karya ini merupakan penulis remaja yang berbakat. Karya ini merupakan sekuntum bunga yang baru berkembang dalam persanda sastera remaja tanah air.
Siti Zubaidah
Genre: Siri Klasik Remaja
Mukasurat: 134
Cetakan Pertama: 1996
ISBN: 967-61-0544-9
Kulit Nipis
Siti Zubaidah - China menyerang Kembayat Negara. Sultan Zainal Abidin ditangkap. Permaisurinya, Siti Zubaidah merancang untuk membebaskan suaminya. Dia menyamar sebgai lelaki dan belajar ilmu kepewiraan. Dengan menggunakan nama Syahar, dia membantu Puteri Rukiah untuk menjadi raja Yunan. Setelah berjaya membebaskan negara, Siti Zubaidah pergi ke negeri China dan menyamar sebagai penari.
Berjayakan Siti Zubaidah menyelamatkan Sultan Zainal Abidin?
Berjayakan Siti Zubaidah menyerang China sedangkan negara itu adalah negara terkuat di dunia?
Permaisuri
Genre: Novel
Mukasurat: 200
Cetakan Pertama: 1995
ISBN: 983-893-234-5
Kulit Nipis
Kerdipan malam menyuluhi pentas hidup ratnanya, tidak seindah lukisan yang dicipta. Lalu dilayari hidup sepinya dalam darah seni dengan berbekalkan bakat, idea dan kekecewaan lalu. Tetapi benarkah arah pelayaran itu sekiranya seni itu membunuh si ratna hati?
Camar Putih Di Awan Biru
Genre: Novel
Mukasurat: 128
Cetakan Pertama: 1991
ISBN: 983-62-2079-8
Kulit Nipis
Apakah yang harus dilakukan oleh seorang anak muda seperti Zakaria apabila berhadapan dengan masalah hidup yang tindih-menindih? Disamping menghadapi kemelut hidup, dihujani pula dengan fitnah, penghinaan dan kutukan masyarakat. Hanya kepada Tuhan tempat dia memohon kekuatan. Zaiton, gadis kesayangannya pula, pergi meninggalkannya buat selama-lamanya akibat menderita sakit jatung berlubang.
Bagaimanakah Zakaria akhirnya? Mampukah anak muda yatim piatu yang sering dihina ini menyelesaikan masalah? Berlalukah mendung di langit? Apakah anak muda ini terus merindu dan merintih?..